13 April 2011

Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011

Click for more information

Kepada semua para pesilat di seluruh negara/ nusantara.

Tuan/Puan,

PER: Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011

Saya ingin menjemput semua pesilat diseluruh negara/nusantara untuk tampil kehadapan dan bertanding atau turut sama datang beramai ramai untuk menjayakan kejuaraan ini.

Tarikh kejuaraan ialah 6-8 Mei 2011 bertempat di Kolej Matrikulasi Gopeng Perak.

Ini ialah kejuraan silat seni cara lama di mana ia terbahagi kepada 4 katogeri dan setiap katogeri akan mengambil masa 2 minit sahaja. Kategorinya ialah

1. Bunga silat ( 1 orang )

2. Tempur tanpa senjata ( 2 orang )

3. Tempur bersenjata silat Melayu ( 2 orang ) &

4. Srikandi – khas untuk wanita ( 2 orang ).

Pertandingan secara berpasukan dan setiap pasukan terdiri dari 6 orang maxima. Ingin kami ingatkan tempat terhad hanya pada 75 pasukan sahaja. Sila buat perdaftaran segera untuk bertanding.

Untuk maklumat lanjut sila klik di iklan di atas. Sila muatturun borang pendaftaran di sini.

Sebarang kemusyklan sila hubungi saya di jak_othman@ymail.com

Sekian terima kasih .Jumpa anda di sana.

Yang benar,
Jak Othman
Pengarah Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011

No comments: