24 June 2008

Belajar Dari Ilmu

Langkah Diri Berjalan Betul
Tangan Kaki Lenggang Sekata
Silat Itu Antara Unggul
Akal Pandu Ilmu Didada

Tangan Kaki Lenggang Sekata
Pencak Indah Kelok Menyusur
Akal Pandu Ilmu Didada
Putus Medan Dapat Diatur

Pencak Indah Kelok Menyusur
Susun Tapak Pendekar Melayu
Putus Medan Dapat Diatur
Bantuan Allah Mohon Selalu

Ustaz Saiful Muhammad
17/12/2007

2 comments:

Anonymous said...

akum...
aku nak tanya ckit maca, mana nak jadikan blog aku mudah orang nak search melalui google, yahoo dan sebagainya.

Mohd Nadzrin Wahab said...

Waalaikumsalam,

1. Mudahkan blog anda dilanggan menerusi RSS atau atom

2. Aktiflah dalam forum perbincangan berkaitan kandungan blog anda dan sertakan url blog anda pada tandatangan anda.

3. Lawati blog seperjuangan dengan anda dan tinggalkan komen dan url blog anda.

4. Bertukar-tukar url dengan sahabat lain yang ada blog sendiri.

5. Selalu kemaskini kandungan blog anda.

Wassalam,