30 June 2008

Mana Hebat Orang Melayu?


Mana Hebat Orang Melayu
Jika Tanpa Mulianya Ilmu
Mana Tinggi Nilai Bangsaku
Jika Tanpa Islam Padamu
Langkah Gagah Tetap Terarah
Cara Mara Tampak Kuasa
Itulah Gagah Ilmunya Tuah
Bina Wibawa Bukan Perkasa
Silat Pencak Gayong dan Bunga
Tinggi Tertib Penuh Gemalai
Dalam Ilmu Tinggi Nilainya
Itulah Warisan Lama Dipakai
Bedil Berdentum Menggegar Bumi
Pendekar Gentar Tidak Sekali
Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni
Islam Suci Sebagainya Inti
Apa Dicari Hebatnya Diri
Jasad Pasti Luka Dilukai
Tumpu Sebenar Pada Ilahi
Itu Hakikat Kekal Abadi
Setinggi Mana Ilmunya Silat
Niatnya Biar Untuk Syariat
Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat
Peluk Erat Kalimah Syahadat
Sunnah Itu Paling Utama
Amal Adalah Segalanya
Silat Itu Tiada Salahnya
Salah Bila Tiada Adabnya
Adat Melayu Ada Perlunya
Adab Islam Penuh Hikmahnya
Warisan Perlu Ada Turunnya
Iman Wajib Ada Saksinya
Inilah Resmi Orang Melayu
Budi Bahasa Tinggi Pekerti
Akhlak Islam Menjadi Laku
Taqwa Taat Sudah Semesti

Ustaz Saiful Muhammad
29/6/2008

2 comments:

Me... Only Better said...

maybe you should read that to the leadership...they sorely need a reminder...

Mohd Nadzrin Wahab said...

Salam hormat Akak,

The leadership needs an earpiece first.

Salam persilatan,