05 January 2008

Lagukan Senandung Itu

I made my online purchase today of Lagukan Senandung Itu, a novel by a good friend of mine, cikgu Khairul Hafiz Abdul Rahman, who writes under the pen name of Serunai Faqir.

Cikgu Chai as we call him is an avowed culturalist and aside from being a Seni Gayung Fatani practitioner, is a full-time Gendang Silat player and instructor. He has coached many a novice to play the gendang, the serunai and the gong, principle instruments in the ensemble that accompanies a traditional silat performance.

In his novel, he illustrates the life of an unorthodox traditional music player. Unorthodox because she is a lone female in the realm of a masculine profession. That's where the challenge begins for her.

I can't wait for the book to arrive, which I'll review here when I'm done.

If you're interested to find out more about him, his book or even listen to him play, please visit his blog at http://gemalakasturie.blogspot.com/

7 comments:

the indie story said...

Assalamualaikum Nadzrin. Semoga dirahmati Allah swt.

Salam Ukhuwah Persilatan.

"Silat menyegarkan badan, Baca Al Qur'an menyegarkan Akal, Zikrullah menyegarkan Roh. Solat menyegarkan segala-galanya..."

Sudi-sudi menjejakkan kaki ke teratak hamba.


Mr. Moderator,
Bekas murid Gayong Fathoni masa tingkatan 2. Sekarang habis semua lupa...bunga sembah peringkat kuning ingat lah sikit2...yang lain out. Kena berguru balik. heheheee...

Mohd Nadzrin Wahab said...

Waalaikumsalam Tuan Moderator,

Terima kasih kerana masih sudi menjejak blog hamba.

InsyaAllah, akan saya penuhi jemputan tuan. Di mana letaknya teratak tuan?

Wassalam,

the indie story said...

Salam Nadzrin,

Kadangkala terdapat beberapa jenis silat melayu yang di campur adukan dengan khurafat dan amalan yang membuat kita sendiri berasa ragu seperti bercampur gaul dengan jin. Dengan sekelip mata boleh bersilat. ada juga yang mejadi kebal dalam gelanggang seperti kes Al MAunah satu masa dahulu. Perbuatan begini amat jelas bertentangan dengan Islam dan Ajaran Rasulullah saw.

Apa pandangan Nadzrin tentang permasalahan sebigini, dan jalan alternatif penyelesaiaannya?

Sekadar pertanyaan ikhlas.

Mohd Nadzrin Wahab said...

Assalamualaikum Tuan Moderator,

Pandangan saya, jika hendakkan satu usaha yang konsisten dan khusus, ia perlu berperingkat.

Pertama, perlu diadakan satu persemukaan antara guru silat dengan ulama (bukan sekadar JAKIM).

Ia juga perlu diperantarakan oleh guru silat yang juga ulama (maksudnya guru yang memahami kedua-dua alam, iaitu peristilahan, perasaan, sejarah dan kaedah masing-masing).

Mereka ini akan menjadi penterjemah dan kewibawaan dwialam mereka diakui kedua-dua pihak guru silat dan ulama.

Ilmu kerohanian dalam silat berpunca daripada tiga kemungkinan asas: Islam, bukan Islam, campuran kedua-duanya.

Pada saya, masalah ke'sesat'an dalam silat berpunca daripada beberapa sebab: terputusnya silsilah kerohanian, perubahan yang dilakukan kepada kaedah kerohanian asal tanpa ilmu, atau perlanggaran syarak dalam mencapai matlamat (wajib ditinggal untuk melaksana yang sunnah atau mubah).

Maka sebab musabab, muslihat perguruan dan kaedah persilatan boleh dibentangkan oleh guru silat dan dibandingkan dengan kaedah kerohanian asal untuk memastikan di mana ia pincang.

Kadangkala juga ada muslihat pendidikan guru yang pada zahirnya disyaki sebagai melanggar syarak, tetapi apabila dibongkar, sebenarnya selari. Sebagai contoh, syarat menjamu garam, gula, cili dan lain-lain kepada murid sebagai iktibar bahawa hidup ini bermacam ragam.

Dengan cara ini juga, ulama dapat memastikan tahap kefahaman kerohanian Islam guru silat dan memberi nasihat untuk memperbaikinya.

Ini semua dilakukan secara tertutup bagi memelihara maruah diri dan perguruan itu. Ini cara yang lebih molek dan berhemah.

Cara yang lebih mudah, cepat dan berkesan ialah kaedah 'mentor'ing di mana setiap perguruan dipasangkan dengan seorang ulama sebagai penasihat agama bagi menentukan ikitikad dan amalan mereka tidak bercanggah dengan iktikad Islam. Dengan cara ini, segala rahsia perguruan hanya akan diketahui oleh guru silat dan ulama yang membimbingnya sahaja.

Mungkin akan berkata pandangan saya terlalu idealistik, tetapi sudah banyak perguruan yang sanggup dan sudi dipimpin ulama (walaupun secara senyap) bagi memastikan warisan Melayu tetap bersendikan Islam.

Wallahua'lam,

Wassalam

Anonymous said...

ahhaa..ader bace article psl nih in SB.
btw, master jak dh x menulis lg ke??

Mohd Nadzrin Wahab said...

Salam hormat,

Sekarang guru Jak lebih gemar menyuruh jurulatihnya menulis sebagai pendedahan yang baik untuk mereka. Guru Jak sendiri sibuk agaknya dengan kelas kickboxingnya. Dengar cerita nak buka cawangan baru...

Salam persilatan,

P.S. Selamat pulang ke Malaysia, Mike. Balik selama-lamanya ke?

Anonymous said...

aiyoh..makin kencang bisnes.
ouh zengqiu...haah, tgh tunggu mau pigi repot jpa. lululu...